Tuesday, November 1, 2011

Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012

Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012

Seperti yang kita tahu, takwim kalendar 2012 ini sangat berguna untuk kita membuat perancangan seperti memilih tarikh perkahwinan yang sesuai, tarikh bercuti bersama keluarga, dan banyak lagi aktiviti boleh dirancang dengan labih awal. Jadi aried ingin kongsikan dengan anda artikel Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012 supaya dapat membantu anda sedikit sebanyak. Selamat membaca!

[caption id="attachment_7195" align="aligncenter" width="495" caption="Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012"]Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012[/caption]

Wednesday, June 22, 2011

Kerajaan Kelantan Galak Poligami | Kerajaan Mungkin Bagi Insentif Lelaki Kahwin Ibu Tunggal

Kerajaan Kelantan Galak Poligami | Kerajaan Mungkin Bagi Insentif Lelaki Kahwin Ibu Tunggal 


Satu berita yang pasti mengundang pelbagai pandangan, cadangan dan tafsiran kerana isu poligami ini merupakan satu isu yang sehingga ke hari in masih lagi terus menjadi isu yang hangat. Ramai yang akan bertanya apa kelebihan berpoligami, betulkah lelaki yang lebih bahagia apabila berpoligami, kenapa lelaki mahu berpoligami, adakah hadis menggalakkan poligami dan banyak lagi.
Rasanya soalan-soalan itu tidak mampu untuk aried jelaskan kerana bidang aried jauh berbeza dari bidang ini untuk menjelaskan soal poligami.

Sepertinya memilih ibu tunggal itu jauh lebih baik dari memilih perempuan yang Pagi ada kat Malaysia, petang dah ada kat Qatar, sampai Qatar tangan kosong, tiba-tiba RM300,000 jatuh dari siling. Pergi New York dengan tangan kosong, bila balik penuh barang 2 kontena. Pagi ada kat Seri Perdana, malam dah ada kat hotel bajet USD 30,000 satu malam.
Kenapa aried begitu? Sebab keypoint yang aried faham ialah mengahwini ibu tunggal ini sangat banyak kelebihannya.


Ulasan Akhbar Kerajaan Galak Poligami dan Beri Insentif Lelaki Kahwin Ibu Tunggal

KOTA BARU, 21 Jun – Kerajaan negeri Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui oleh isteri dan anggota keluarga yang lain.

“Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaakob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

“Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata pada 2002 sahaja lebih 1,000 pasangan telah mendaftarkan perkahwinan berikutnya di Kelantan.

“Yang tidak daftar mungkin ramai dan ini yang kita tidak mahu kerana ia boleh mengundang masalah,” katanya.

Wan Ubaidah berkata kerajaan Kelantan tidak menyekat poligami kerana ia sebahagian daripada Islam tetapi dengan syarat suami itu perlu adil.

“Kita tidak menyokong yang kahwin cerai dan perlu adil dalam setiap perkahwinan itu,” katanya.
Katanya adalah lebih baik mereka yang berkahwin lebih itu memilih armalah (janda) sebagai pasangan hidup kerana di Kelantan sahaja terdapat 25,000 para janda yang berumur bawah 60 tahun dan masih boleh dijadikan isteri.

Tuesday, June 21, 2011

Wanita PKR lancar WAJAH 2 Julai dekati kaum ibu

Wanita PKR lancar WAJAH 2 Julai dekati kaum ibu


PETALING JAYA, 21 Jun – Wanita PKR pusat akan melancarkan Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) serentak di seluruh negara 2 Julai ini - sebahagian daripada strategi bagi menjelajah di setiap kampung untuk mendekati dan memberi maklumat kepada kaum wanita.

WAJAH merupakan suatu strategi, inisiatif dan idea pimpinan Wanita PKR Selangor. Ia berasaskan kaedah jelajah yang akan merangkumi seluruh kelompok pengundi dan lokaliti dari luar bandar, felda, estet, ladang sehingga ke penempatan Orang Asal.

“Saya yakin bahawa sasaran WAJAH untuk penambahan pengundi baru, keahlian serta menyebarkan maklumat dan memberi penerangan akan mampu meningkatkan undi dan sokongan buat PKR bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, terutama dari golongan wanita Melayu dan suri rumah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, kebanyakan wanita di kawasan luar bandar seperti di Felda tidak mampu untuk menikmati capaian akses internet dan sekali gus membataskan pendedahan mereka kepada isu-isu semasa.

Justeru, jelajah WAJAH ke setiap kampung adalah perlu bagi memberi maklumat terus kepada masyarakat luar bandar dan menyekat berita yang tidak benar dari meracuni persepsi mereka.
Tambahnya, antara aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti program tazkirah, gotong-royong, ceramah kelompok dan program sembang-sembang bersama masyarakat setempat.

“Kami akan beritahu wajah yang sebenar kepada mereka apakah usaha Pakatan Rakyat telah lakukan dan apa isu yang berlaku. Kami juga akan mendedahkan pembohongan yang dilakukan pihak lain.
“Kami juga akan memberi ilmu dan maklumat tentang bagaimana mereka (kaum wanita) dapat memainkan peranan sebagai rakyat di Malaysia,” katanya.

Jelas Zuraida, pendekatan yang diambil Wanita PKR adalah berbeza dengan apa yang dibuat oleh Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Zuraida berkata, “Wanita PKR akan bergerak dengan lebih progresif bersama masyarakat. Berbeza dengan Wanita Umno yang lebih kepada memberi sumbangan yang menggunakan duit rakyat.”
Selain itu, Zuraida turut memberi peringatan kepada wanita Umno dan pimpinan BN agar bersiap-sedia kerana konsep jelajah Skuad Sayang sudah tidak relevan selepas adanya WAJAH.

“Kini WAJAH sudah sedia untuk menjelajah ke setiap pelusuk kampung di seluruh negara dengan membawa agenda Demi Rakyat. Manifesto Buku Jingga juga akan disebar luas ke seluruh estet dan ladang.

“Insya-Allah, saya yakin dan percaya, demi rakyat, WAJAH akan mampu memimpin wanita Malaysia menuju kearah perubahan serta dapat memartabatkan kualiti hidup mereka agar terus terbela dan diiktiraf peranannya dalam sistem demokrasi tulen,” ujarnya.

Zuraida memberitahu, antara kawasan kampung yang terlibat semasa pelancaran WAJAH 2 Julai ini ialah Kampung Taginabur (Sabah), Kampung Kudei (Sarawak), Kampung Tahang Rimau (Johor), Kampung Air Molek (Melaka), Kampung Gachong (Negeri Sembilan), Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur), Kampung Telok Gong (Selangor), Kampung Sungai Itik (Perak), Kampung Permatang Bertam (Pulau Pinang), Taman Bunga Raya (Kedah), Kampung Patani (Perlis), Kampung Kubu (Terengganu), Kampung Rahmat (Kelantan) dan Felda Lurah Bilut (Pahang).

themalaysianinsider.com

Khairy: Ambiga degil, ada tujuan politik teruskan Bersih 2.0

Khairy: Ambiga degil, ada tujuan politik teruskan Bersih 2.0

 KUALA LUMPUR, 21 Jun — Khairy Jamaluddin mengecam pendirian pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan yang enggan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perhimpunan 9 Julai ini sambil menyifatkan bekas presiden Majlis Peguam itu “ingin menghangatkan pertimbangan politik.”


Ketua Pemuda Umno berkata kumpulan yang menuntut sistem pilihan raya adil dan bersih “memperoleh kemenangan moral” apabila berjaya mendesak SPR untuk datang berbincang tetapi tetap berkeras kerana mempunyai tujuan politik.

“Beliau (Ambiga) begitu degil. Beliau boleh bekerjasama tetapi beliau mahu ia berlaku. Jika tidak beliau akan berbincang dengan SPR dan ini tidak jujur dengan mengatakan anda ingin melakukan perubahan,” kata Ahli Parlimen Rembau ini kepada The Malaysian Insider.

Ambiga menolak tawaran SPR untuk berbincang mengenai perubahan sistem pilihan raya yang didakwa berlaku banyak penyelewengan dan penyalahgunaan supaya ia boleh dibentangkan di Parlimen.
Khairy (gambar) berkata keputusan itu menunjukkan Bersih tidak bebas kerana ia cuba memastikan Pakatan Rakyat membawa isu itu ke Parlimen.

“Mengapa tidak bertemu dengan SPR terlebih dahulu, masih ada dua minggu sebelum 9 Julai? Kemudian baru putuskan jika ada apa-apa kemajuan yang boleh dibuat. Tetapi beliau jelas tidak berminat dan mahu menjadikan ia sebagai isu politik.

“Semua rakyat Malaysia mahu mengelak daripada berlaku pertembungan tetapi beliau cuba menghangatkan suasana politik,” katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan ratusan ribu peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Pada perhimpunan 2007, ia menyaksikan perubahan yang besar berlaku pada pilihan raya umum 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun akhbar Utusan Malaysia, milik Umno meneruskan serangan terhadap perhimpunan itu dengan mendesak rakyat membantah demonstrasi itu.

Pemimpin Umno menuduh penganjur menggunakan perhimpunan haram itu untuk mendapatkan sokongan politik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga memberi amaran bahawa “akan berlaku huru-hara dan membantah perhimpunan di jalanan.”
Selain Pemuda Umno, pertubuhan hak Melayu, Perkasa akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.

themalaysianinsider.com

Bersih 2.0: Khairy juga perlu disiasat bawah ISA, kata Wira Perkasa

Bersih 2.0: Khairy juga perlu disiasat bawah ISA, kata Wira Perkasa

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Sayap pemuda Perkasa mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar presiden pertubuhan membela hak Melayu Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman Ahad lalu.


Sebaliknya tegas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, Ketua Pemuda Umno kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Selain itu, tambah Irwan Fahmi, beliau bersetuju dengan pandangan Ibrahim yang mengatakan “apa sahaja boleh berlaku” pada 9 Julai kerana penganjur himpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak boleh menjamin keamanan pada hari itu.

Selain Bersih, turut mengadakan perhimpunan Perkasa dan juga Pemuda Umno.
“Jika Khairy menyarankan agar presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan Bersih 2.0.
“Khairy bukan hakim atau ketua polis negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut terserah kepada polis.

“Kenyataan presiden Perkasa ‘pada 9 Julai apa boleh berlaku’ itu juga ada kebenarannya kerana himpunan Bersih 2.0 juga tidak boleh menjamin tiada huru-hara yang berlaku,” kata Irwan Fahmi dalam satu kenyataan.
Beliau juga menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas pada majlis pelancaran perhimpunan anti-Bersih pada Ahad lalu telah diputarbelitkan wartawan The Malaysian Insider.
“Kenyataan presiden Perkasa telah diputar belit dengan memberi makna berlainan dari apa yang dimaksudkan, wartawan Cina mana nak faham Melayu,” katanya.

Pada pelancaran itu, Ibrahim melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

Semalam Khairy berkata kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu.

Justeru beliau menggesa agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,” kata Khairy.

Justeru tegas Irwan Fahmi, beliau mahu melihat berapa ramai ahli Pemuda Umno yang mampu dikumpulkan Khairy pada 9 Julai nanti.

“Khairy sepatutnya menjadi hero Melayu kerana Umno mempertahankan Melayu, parti yang memperjuangkan Melayu... sepatutnya isu Melayu Khairy perlu tampil ke hadapan, ini baru hero Melayu yang mempertahankan Melayu.

“Pemuda MCA pun tak hormat pada Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), sebab itu Pemuda MCA menolak untuk turut serta pada 9 Julai. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda BN, Khairy perlu menunjukkan ketegasan dan pendirian kerana beliau menang pilihan raya atas tiket Umno-BN,” katanya.

Tambah Irwan Fahmi, beliau menasihatkan Khary agar kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan dalam isu-isu yang dibangkitkan.

“Wira Perkasa menyarankan supaya Khairy kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan terhadap isu-isu semasa, saya dan kempimpinan Wira Perkasa berdiri teguh di belakang presiden Perkasa dan akan mempertahankan presiden walaupun apa yang berlaku kerana asas perjuangan adalah perjuangan orang Melayu.

“Mungkin Khairy terlupa asas perjuangan partinya,” katanya.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih.


themalaysianinsider.com